Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 8 March 2012


Assalammualaikum bloger sume!



oh TUHAN..
seandainya telah KAU catatkan, 'dia' milik ku tercipta untuk diriku..
satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kebahagiaan..
Ya ALLAH..
ku mohon apa yang telah KAU takdirkan ,
ku harap 'dia' adalah yang terbaik buatku...
kerana ENGKAU tahu segala isi hati ku,
pelihara daku dari kemurkaanMU...





p/s : Setiap ujian yang ALLAH bagi pasti ada hikmahnya.
semakin ALLAH sayang kepada hambanya,
semakin kuat ujian buatnya..

Tuesday, 6 March 2012

Jgn Mempertikaikan Peranan SuriRumah

Assalammualaikum kwn2 sume


al kisah nye:

Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah:

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal
: Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor
: Halimah pula?

Encik Zainal
: Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor
: Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal
: Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor
: Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal
: Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor
: Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal
: Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor
: Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor
: Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal
: Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor
: Apa Halimah buat?

Encik Zainal
: Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit.

Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????

Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?????

Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!!

Fikir2kan dan renung2kanlah.......


Monday, 5 March 2012

Kena Tahu


PEREMPUAN ANDA KENA TAHU 
seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun...

LELAKI ANDA KENA TAHU 
seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan marah kpd anda untuk banyak perkara tetapi masih terima anda seadanya walaupun anda telah menyakiti hatinya


i always love u!