Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 29 November 2011

Angry Bird

Assalammualaikum..

korng nk thu x,sebenarnya Game angry bird yg korng main 2 ada kelebihannya..
nana sure msti korng xthu kn..

meh sini nana bgthu kt korng sume..
'mama nana ckp benda yg baik elok di kongsi'

Angry Birds


salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple

yang dimain oleh anak saudaraku yang berumur 4 tahun sehinggalah tokoh agama seperti Ustaz Hasrizal

semuanya suka bermain game ini

tidakkah anda pernah tertanya-tanya?

Kenapa?

Apa yang best sangat game ni?

Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka

sedar x kita...

jawapannya sebab....

Angry Birds....

dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah


1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban

menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka

iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan

mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri

tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?

yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!

yang putih pula?

sanggup mengorbankan anaknya!

itu bukanlah satu pengorbanan yang senang

menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad

segala-galanya untuk mencapai satu matlamat

menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas


"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."

(At-Taubah 9:111)


2) Amal Jamaie

dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh

burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan

malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan

maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah

untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu


3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?

tidak

diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza

setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza

jadi diorang susun

sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu

kenapa?

sebab Saidina Ali mengatakan

"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"


4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?

diorang susun dengan menilai

bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu

maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya

yang reti potong kayu pergi serang kayu

yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu

dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka

untuk detect, apakah kelemahan musuh kita

dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza

bagaimanakah kita ingin menyusun strategi

untuk mencapai ustaziyatul alam

eh silap

untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat


5) Taat

dan sebagai qiyadah

perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang

adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas

dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan

pasti tidak ada orang yang nak main

dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh

jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas


6) Ukhuwah

lastly

kena faham

bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat

itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang

mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya

mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka

kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara

seperti mana kita umat Islam bersaudara

jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya

dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita

daripada musuh yang nampak di dunia

dan juga musuh yang tidak nampak

yang menarik kita ke api neraka

kenapa?

sebab kita menyayangi saudara kita

sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang

kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam

tidak akan wujud game Angry Birds

jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka

begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam

malahan mustahil akan menang gerakan Islam

jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"

(An-Nasr 110:1-3)

sedarlah

pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam

dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna



semua yang korang baca tadi

adalah pengajaran daripada Angry Birds


tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat

iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih

kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza

dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...


"Ukhuwah Teras Kegemilangan"


p/s : nana pon ske gak men game nie..hehheeh :)


Monday, 28 November 2011

KENAPA PEREMPUAN XRETI MASAK DIJADIKAN ISU !

" .... Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja... "

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang Kenapa tidak belajar?"

Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!"

Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng- geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang- undang itu kepada lelaki juga... ?

Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam? Dengus teman wanita yang lain. Betul juga.

Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. apa ke hal ??

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.

Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki..! Tapi.. sebaik2 solat bagi seorang lelaki adalah menunaikannya secara berjemaah di masjid..

Sekadar penjentik minda untuk diri sendiri. Bukan berniat nak menimbulkan isu gender. Cuma nak bagi kita sedar benda benda yang selalu kita terlepas pandang dan untuk kita muhasabah diri sendiri. 
copy paste !

  

Friday, 18 November 2011

DARI HATI KE HATI

Assalammualaikum blogger sume!

mcm mane korng hari nie??
nana harap korng epi and bahagia okey..

lately nie, nana sgt suke + gemar = minat dgn 1 lagu nie..
nie ha lagu nye...

LUAHAN HATI
Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu

Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tangankua
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih

Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih




p/s : saya cinta kamu mohd hazeelinizam!

ok bai..

Sunday, 13 November 2011

Kita Bertemu dan Berpisah

Assalammualaikum korng sume..

tnggl bape hari je lagi nana bersama ngn housemate nana..
lepas ni nana dh xddok umh sewa dh..
nana blik ke pangkuaan famliy nana..

actually berat hati sgt nk tngglkn housemate nk tnggalkan umh sewa nana..
yela bnyk kenangan nana ngn dornk..
dekat sini, ngn dornk jugak la nana belaja ERTI KEHIDUPAN..
mcm2 dh yg nana lalui bersama dornk
sedih ada, masam ada, gembira ada, senang cite sume ada..
msti nana akan rindu saat2 bersama ngn dornk..


3 hari lepas fatin dh blik jb, xthu la bila dpt jmpe lg..
semalam opie pon dh blik dh..
lepas ni rai menyusul pulak..

bnyk nana blaja dry dornk..
nana dh anggap dornk ni mcm adk bradik nana..
nana syg dornk..

rai, opie, shaj, kak ira,
dura, fatin, kak is, slab, shaf dan kak lin
nana nk ucap terima kaseh kerana sudi berkawan ngn nana..
nana mntk ampun, mntk mff andai nana ada wt slh..





nana xkn lupekn korng sume..
i will miss u olls..

ok la, sblom air mata meleleh
lebih baik nana STOP..

salam..






khas utk Classmate..

Assalammualaikum sume!

alhamdulilh nana dh pon abeh final dan Fyp..
so itu bererti nana dh abeh sem 5 dan akan meninggalkan KPTM..

selamat tinggal section 14 n 13..
aku akan rindu ngn korng sume..

walaupun,

aku xjoin activity korng..
aku xikot korng pegi broga..
aku xikot korng g HR..
aku xikot korng g beraya..
aku xikot korng g mkn rasamas..
dan sume aktiviti korng la yg aku xikot..

tapi..  

korang sume tetap kwn2 aku selamanya..
aku tetap igt dan hargai korng sume..
xkesah la ape yg korng nk ckp psl aku sekalipon..
aku xpeduli..

yg penting aku thu,ape yg aku buat..

terima kaseh kerana sudi berkawan dan berkongsi ilmu ngn aku,
aku hargai sume too..


msti aku akn rindu korng sume !

ok la..
bai..