Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 31 July 2011

Kasihnya Ibu

Assalammualaikum.
Mama time kaseh sbb masakkn lauk kegemaran kakak n anta kt umh sewa kakak, untuk makan saho pg nnty
time kaseh n terharu sgt..
kakak thu mama sntiase mngambil berat pasal kami adk bradik wlaupon ktorng ni nakal..
mama sntiasa mnjlnkn tnggungjwb mama sbg ibu yg pling baik n best.
Saho nnty kakak mkn yg masak td k.
kakak syg mama n abah !



p/s : kasih IBU membawa ke syurga, kasih BAPA sepanjang masa.

8 punca timbul masalah dalam hubungan

(1) Kritikan yang melampau- Pada kebiasaannya, pasangan yang telah menjalinkan hubungan agak lama tidak terlalu peka mengenai masalah ini. Mereka lebih memikirkan mengenai kepuasan hati apabila mengkritik berbanding memikirkan mengenai sensitiviti pasangan. Tanpa mereka sedari, ia sebenarnya telah menimbulkan masalah dalam hubungan dan sekiranya ia dibiarkan berterusan, mungkin akan membuatkan orang yang sentiasa dikritik merasakan perpisahan adalah jalan terbaik. Kritikan yang melampau bukanlah satu cara yang mebina sebaliknya ia menjatuhkan semangat seseorang.
(2) Penipuan- Jangan sesekali memulakan penipuan didalam hubungan walaupun ia suatu perkara yang kecil. Kerana ini akan memberi kesan dalam hubungan untuk jangka masa panjang. Masalah ini perlu dipandang serius untuk mengelakkan pasangan terasa seperti dianiaya. Dikhuatiri penipuan yang telah dilakukan akan mempengaruhi pasangan yang ditipu untuk turut menipu. Adalah lebih teruk sekiranya masalah ini akan terus berlanjutan dan berbalas-balas antara pasangan.
(3) Intipan- Walaupun niat anda mungkin baik untuk mengetahui apakah yang pasangan anda lakukan, tetapi sekiranya mereka mengetahuinya, ia akan membawa masalah besar dalam hubungan. Bina kepercayaan terhadap pasangan anda. Sekiranya anda dapat mengesan tanda kecurangan atau sebagainya, barulah anda cuba lakukan intipan. Jangan sesekali bersangka buruk terhadap pasangan.
(4) Cemburu yang melampau- Cemburu sememangnya amat penting didalam hubungan, ia adalah sebagai tanda anda betul-betul menyayangi pasangan anda. Tetapi sekiranya perasaan cemburu itu tidak dikawal, ia sebenarnya akan menjadi punca yang menyebabkan masalah dalam hubungan. Kawal perasaan cemburu anda agar bersesuaian dengan situasi, tempat, keadaan atau sebagainya.
(5) Membandingkan hubungan masa lampau- Pasangan seharusnya jangan sesekali melakukan perkara seperti ini dalam hubungan. Jangan membandingkan hubungan sekarang dan juga hubungan anda yang lampau. Ini akan mewujudkan pelbagai pemikiran negatif terhadap pasangan. Masalah ini perlu diberi perhatian untuk mengelakkan timbulnya masalah yang lebih besar pada masa akan datang.
(6) Masalah komunikasi- Ia adalah merupakan masalah yang kritikal. Ini kerana semua masalah dalam hubungan seperti perasaan cemburu, krtitikan, penipuan atau sebagainya dapat diatasi sekiranya pasangan mampu berkomunikasi dengan baik. Komunikasi yang baik juga dapat membantu untuk meluahkan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara.
(7) Mengambil ringan- Apabila sesuatu hubungan telah melalui satu jangka masa yang panjang, kebiasaannya pasangan akan mengambil ringan mengenai pasangan mereka. Masalah ini seharusnya dielakkan. Dalam kebahagiaan hubungan, kedua-dua pasangan seharusnya berusaha untuk menyemarakkan lagi perasaan mereka dan bukannya membiarkan ia begitu sahaja.
(8) Aktiviti harian- Pasti setiap orang mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu dilakukan. Tetapi, jangan sesekali mengabaikan pasangan kerana ia juga merupakan salah satu dari tanggungjawab anda. Walaupun anda sibuk dengan aktiviti harian, cuba cara masa yang sesuai untuk diluangkan kepada pasangan. Masalah di dalam hubungan pasti berjaya dielakkan sekiranya anda bijak untuk membahagikan masa.

Saturday, 30 July 2011

my lovely mum birthday...

hari nie akhirnya kami sekeluarga dapat juga berkumpul...macam biasa la bile radio2 dah berkumpul memang riuh la rumah too...along,angah ,abg ,kak amy ,aus ,kakak ,iqa ,ain ,dania ,apiz ,farish ,mimi ,ashraf and my love nana semua nampak happy...xhabis2 gelak...especially aku..aku happy sgt dapat tgk anak2 sedara yg tersyg dah pandai buat sesuatu yg baru...dania dah pandai cakap ngan betul..first time dia panggil nama aku..hehehe...ain dah semakin cute.. farish masih lg active mcm biasa and ashraf dah pandai ketawa .... and yg paling penting aku happy coz hubungan keluarga kiteorg tetap rapat walaupun kiteorg duduk jauh...ape yg aku harap...hubungan yg aku lihat tadi akan kekal hingga kiteorg tutup mata wat selamanya dan anak2 kiteorg akan teruskan mcm maner kiteorg sekarang...lastly aku berdoa semoga my mum akan panjang umur..murah rezeki..and akan kekal bahagia with my father forever...aku syg  family aku forever...

Friday, 29 July 2011

JOM TRY APAM POLKA DOT


Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
·  3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
·  275 gm tepung gandum
·  220 gm gula halus
· 150 ml susu segar@susu cair
· 3 sudu teh baking powder
· 1 sudu kecil ovalette
·  filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
· pewarna

Cara-cara
1.    masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2.    bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3.    masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4.    picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5.    letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6.    picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7.    last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.



this song 4 u sayang

Thursday, 28 July 2011

BULAN YG MULIA

BULAN RAMADHAN merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Bulan yang ada padanya Lailatul Qadar. Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam yang  paling baik ini dikurniakan kepada umat islam untuk mendapatkan keampunan dari Allah dan mendapatkan pahala melalui amalan yang dilakukan pada malam tersebut. Segala amalan yang dilakukan pada malam ini akan digandakan pahala amalannya.

 4. Bulan yang padanya permulaan penurunan Al Quran. Al Quran kitab suci agama islam yang menjadi mukjizat sehingga ke hari kiamat. Al Quran adalah pembimbing kepada umat islam agar tidak tersesat dalam hidup mereka selagi mereka terus berpegang kepada kitab suci ini. Pada bulan Ramadhan ini kita sangat-sangat digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan Al Quran untuk mendapat ganjaran pahala yang besar.


big mission to be complete

lastly aku akan repeat something yg aku wat masa awal2 aku masuk sini...dapat jugak collaborate dengan orang yang tersyg utk wat final year project...it not only challenge our credibility but also our love..byk benda yg we belajar..dari aspek kerjasama,how kami nak handle problem yg dtg ,and yg paling penting mcm mane kami nak control sikap panas masing2..suatu pengajaran yg baik dlm usaha kami sedang belajar mengenal hati budi masing2 dgn lebih dalam lg..we hope we dpt harunginya dengan success..kejayaan yg paling bermakna bg kami adalah kami berdua akan grad ngan pointer yg baik and we dpt membanggakan kedua ibu bapa kami...xder keseronokan andai 1 pihak jer yg menempuh kejayaan tp 1 pihak lg kecundang..aku secara pribadi dah bjanji kat diri aku yg aku xkan meraikan sebarang kejayaan aku selagi dirinya xde disisiku...aku hanya akan meraikan kejayaanku apabila dia juga turut meraikan kejayaanya disebelahku...moga tuhan akan memakbulkan harapan ku ini...amin... 

KESIAN !

Salam 1 blogger..
Kesian saya punye encik pkwe xdpt nk tgk harimau lwn singa secara live mlm nie kt stadium Bukit Jalil..
Semangat dh ada,tapi tiket plak xde,kesian sgt..
Encik pkwe tgk kt tb jelh ea..
Xde rezeki,len kali kte BOOKING tiket too awl2 ea..

Xmo sedey2 k ! i love u